Pendekatan Berpusatkan Manusia dalam Era Berpandukan Data

Perkhidmatan Kami

Sama ada anda memerlukan bantuan tambahan untuk penyediaan carta, pandangan kedua dalam perancangan penyelidikan, atau perspektif baharu bagi kemas kini profil, Antropika sedia membantu anda.

Projek Impetus

Kami menyokong langkah awal yang kritikal dalam perjalanan penyelidikan anda. Melalui analisis data sedia ada dan pembangunan kertas konsep yang strategik, kami membantu menukar idea kepada cadangan penyelidikan yang jelas, tersusun, dan berimpak.

Perkhidmatan kami termasuk:

  • Penyelidikan meja (desk research)

  • Penulisan kertas cadangan penyelidikan

  • Reka bentuk slaid pembentangan cadangan

Data Fastrak

Sama ada melibatkan transkripsi audio, kerja lapangan etnografi, atau etnografi digital, kepakaran kami memastikan data anda dikumpulkan dengan teliti, dianalisis secara rapi, dan diterjemahkan kepada dapatan yang bermakna,tanpa mengira metodologi yang digunakan.

Perkhidmatan kami termasuk:

  • Transkripsi audio dan video

  • Penulisan laporan penyelidikan

  • Etnografi lapangan

  • Etnografi digital

  • Analisis kuantitatif

  • Analisis kualitatif

Sinar Penyelidikan

Penyelidikan anda wajar dilihat dan didengari. Kami membantu menghidupkan dapatan kajian anda melalui visualisasi data yang jelas serta strategi publisiti yang berkesan, sama ada dalam talian mahupun luar talian.

Perkhidmatan kami termasuk:

  • Visualisasi data melalui slaid pembentangan atau papan pemuka (dashboard)

  • Penyelarasan seminar serta pengurusan logistik acara

  • Strategi promosi melalui media sosial, laman web, dan liputan media

Hubungi Kami

Perlukan perkhidmatan yang lebih khusus? Isikan maklumat anda dan kami akan menghubungi anda dalam masa terdekat. Kami amat berbesar hati untuk mendengar daripada anda!

Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp di +60-19 743 4736, Isnin hingga Jumaat, dari 9 pagi hingga 6 petang.